Temasya sukan Sukan_Asia_Tenggara_2001

Upacara pembukaan

Lebih daripada 15,000 sukarelawan termasuk 7,000 pelajar sekolah terlibat dalam upacara pembukaan temasya sukan, dan demi mencipta penganjuran Sukan SEA di tiga buah bandar buat kali pertama. Upacara pembukaan rasmi selari di Stadium Larkin di Johor Bahru dan Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang menjadikan sukan SEA pertama alaf baru sebuah acara yang paling dikenangi.

Semasa bunga api menerangi langit Stadium Nasional Bukit Jalil, lebih daripada 50,000 orang bersorak dan bergembira menyambut pencapaian emas hari tersebut dan temasya Sukan dua minggu yang dipertandingkan 10 negara Asia Tenggara. Lebih 5,000 penonton dan atlet memberi sorakan yang bergema apabila almarhum Yang di Pertuan Agong Salahuddin mengistiharkan pembukaan temasya sukan SEA diikuti oleh 10 das tembakan meriam penghormatan. Sorakan dan tepukan yang gemuruh daripada penonton membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil. Keterangsangan tercetus terutamanya apabila anggota payung terjun membawa bersama bendera-bendera negara peserta.[14]

Perdana Menteri Malaysia Keempat Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya Dr. Siti Hasmah menaiki 4WD tentera terbuka dan melambaikan tangan ke arah penonton yang menyambut kedatangannya dengan meriah dan penuh bersemangat. Koir yang memainkan lagu patriotik memulakan serantai persembahan termasuk formasi, nyanyian lagu dan tarian. Kemuncak upacara tersebut ialah perbarisan kontinjen negara peserta terdiri daripada 5,000 olahragawan dan olahragawati dari seluruh rantau Asia Tenggara. Mereka diiringi oleh maskot Si Tumas.

Sebaik sahaja setiap kontinjen memasuki stadium, papan keputusan besar elektronik memaparkan ucapan Selamat Datang dalam bahasa kebanggaan masing-masing, seperti Minga la bar (bagi kontinjen Myanmar) dan Mabuhay (bagi kontingen Filipina). Kontinjen Singapura berbaris masuk dengan membawa dua sepanduk yang tertera perkataan " Team Singapore (Pasukan Singapura) mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan menganjur Sukan SEA ke-21".[15] Gemuruh yang lantang diberikan kepada kontinjen tuan rumah seramai 558 atlet negara yang diiringi pembawa bendera Nur Herman Majid dan disambut penuh gembira oleh peminat yang mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang. Obor temasya sukan kemudian dibawa masuk stadium oleh bekas bintang bola sepak Soh Chin Aun dan bekas ratu lari trek Maria Lydia D’Vega Mercado dan dibawa 19 pelari lain sebelum bekas jaguh basikal Daud Ibrahim menghabiskan balapan terakhir. Dari atas pentas, dia memegang obor untuk menyala wayar menuju ke obor besar di sebelah hujung stadium. Apabila obor besar dinyalakan, berribu-ribu belon dan konfeti dituang ke atas penonton yang bersorak dan bertepuk tangan. Suasana ini menandakan permulaan gemilang temasya sukan dwitahunan yang terbesar di Asia Tenggara yang kaya dengan budaya.[16][17]

Upacara penutupan

Upacara penutupan diadakan pada 17hb September 2001 pada sebuah malam berhujan dengan tema: ASEAN: Masa untuk merayakan. Ia dihadiri oleh 100,000 penonton yang berjaya memasuki stadium dan mengambil tempat duduk mereka. Upacara bermula dengan persembahan beberapa selebriti tempatan termasuk Erra Fazira and Ziana Zain.

Selepas itu, anggota-anggota kumpulan terjun payung membuat pendaratan di padang stadium bersama 10 bendera negara yang mengambil bahagian dengan iringan lagu "Jalur Gemilang" yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan koir. Perbarisan memasuki stadium oleh kontinjen mengikut jenis sukan disambut dengan tepukan gemuruh oleh penonton dalam stadium. Susunan bermula dengan peserta-peserta akuatik, diikutioleh peserta memanah, olahraga dan seterusnya peserta-peserta sukan lain.

Upacara kemudiannya diteruskan dengan persembahan "Citrawarna Malaysia' yang dipersembahkan oleh 300 penari dan 50 pemukul gendang menggegarkan stadium dengan gema irama yang mencerminkan kepelbagaian irama lagu serta tarian tradisional rakyat berbilang kaum di negara ini. Kemudian, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil, penunggang kuda Ekuestrian Malaysia telah diisytiharkan sebagai Olahragawan Temasya, sementara pelari pecut Olahraga Thailand Supavadee Khawpeag telah diistiharkan sebagai Olahragawati Temasya.

Selepas Perdana Menteri Mahathir Mohammad mengistiharkan penutupan temasya, bendera Persekutuan Sukan Asia Tenggara telah diturunkan dan kawah obor telah dipadamkan. Pengerusi Persekutuan Sukan Asia Tenggara dan pengerusi Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Tunku Imran ibni Tuanku Ja’afar kemudiannya menyerahkan bendera temasya dan baton kepada presiden Majlis Olimpik Vietnam dan Menteri Sukan, Nguyen Danh Thai, lambang tanggungjawab Sukan SEA secara rasminya diserahkan kepada Vietnam, tuan rumah Sukan Asia Tenggara 2003. Lagu Kebangsaan Vietnam dimainkan semasa Bendera Kebangsaan Vietnam dinaikkan. Selepas itu, sebuah persembahan segmen Vietnam 11-minit yang bertajuk "Selamat Datang ke Vietnam" (Welcome to Vietnam) telah dipersembahkan oleh penari wanita Vietnam dengan membawa sehelai bendera gergasi berwarna merah bersama mereka. Persembahan tersebut dibahagikan kepada tiga babak. Upacara berakhir dengan sebuah persembahan segmen perpisahan Malaysian dengan bunga api dilepaskan ke atas langit serentak dengan 21 pendaki gunung turun dari bumbung dengan menggunakan tali diikat pada mereka dan mengagihkan hadiah kepada sesetengah penonton yang bernasib baik manakala belon dan kertas-kertas kecil berwarna-warni ditaburkan ke udara. Sebuah konsert khas kemudiannya diadakan oleh artis terkenal seperti Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Sheila Majid dan Amy of Search.[18][19][20][21]

Negara peserta

Acara sukan

Takwim

OCUpacara PembukaanPertandingan acara1Acara pingat emasCCUpacara Penutupan
September1
Sab
2
Aha
3
Isn
4
Sel
5
Rab
6
Kha
7
Jum
8
Sab
9
Aha
10
Isn
11
Sel
12
Rab
13
Kha
14
Jum
15
Sab
16
Aha
17
Isn
Acara pingat emas
UpacaraOCCC
Memanah224
Olahraga1012121246
Badminton257
Bola keranjang22
Billiard dan snuker2112111110
Boling2222412
Tinju1111
Lumba basikal246222220
Terjun448
Ekuestrian1111127
Lawan pedang2215
Hoki112
Bola sepak112
Golf224
Gimnastik2210620
Judo55414
Karate67619
Boling padang246
Bola jaring11
Pencak silat381021
Petanque2226
Lumba perahu dayung448
Lumba perahu layar144413
Sepak takraw123
Menembak1044444636
Skuasy224
Renang6766732
Renang berirama112
Ping pong22127
Taekwondo75416
Tenis2237
Bola tampar22
Polo air11
Angkat berat333413
Wushu2020
Jumlah acara pingat emas00000001330376355485352373391
Jumlah terkumpul0000000134380143198246299351388391
September1
Sab
2
Aha
3
Isn
4
Sel
5
Rab
6
Kha
7
Jum
8
Sab
9
Aha
10
Isn
11
Sel
12
Rab
13
Kha
14
Jum
15
Sab
16
Aha
17
Isn
Acara pingat emas

Jadual pingat

Sejumlah 1280 pingat terdiri daripada 392 pingat emas, 390 pingat perak dan 498 pingat gangsa telah dianugerahkan kepada atlet. Pencapaian tuan rumah Malaysia merupakan yang terbaik buat masa itu dan muncul sebagai juara keseluruhan temasya sukan.[22][23][24][25]


Petunjuk

  *   Tuan rumah (Malaysia)

Jadual pingat Sukan Asia Tenggara 2001
 Ked. NegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 Malaysia (MAS)*1117585271
2 Thailand (THA)1038689278
3 Indonesia (INA)727480226
4 Vietnam (VIE)333564132
5 Filipina (PHI)306667163
6 Singapura (SIN)22314295
7 Myanmar (MYA)19145386
8 Laos (LAO)13711
9 Kemboja (CAM)1157
10 Brunei (BRU)05611
Jumlah (10 Negara)3923904981280

Rujukan

WikiPedia: Sukan_Asia_Tenggara_2001 http://properties.d-choice.com/traditionaloffice/s... http://www.e-borneo.com/cgi-bin/np/search.cgi?cate... http://www.e-borneo.com/cgi-bin/np/search.cgi?cate... http://cdn1.i3investor.com/my/files/dfgs88n/2001/1... http://timesofindia.indiatimes.com/SEA-Games-close... http://www.kl2001.com/index.html http://www.sadec.com/Sea2001/ http://ww1.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/SE... http://ww1.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/SE... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt...